Subsidi petroleum Petronas_dan_subsidi_minyak

Petrol adalah komoditi penting, tanpanya ekonomi tidak boleh berfungsi. Jika harga petrol naik, harga pengangkutan awam akan turut naik, tambang teksi naik, kos makanan dan perkhidmatan meningkat dan semua yang lain akan turun naik. Banyak kesan sampingannya. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan kesan negatif berganda-ganda.

Kadar inflasi akan melambung dan kerajaan Malaysia tidak boleh biarkan ini berlaku. Kadar inflasi yang tinggi bermakna semua simpanan hari tua kita akan habis, ia seperti virus. Namun Malaysia dan banyak negara lain tidak mampu lagi mengekalkan harga rendah. Harga domestik dan kenaikan harga global mestilah diselaraskan. Malaysia harus mematuhi perjanjian persefahaman ekonomi mengikut WTO dan AFTA.

Kenaikan harga petrol di banyak negara akan menyebabkan rakyat mengadakan demonstrasi jalanan seperti di Yanggon, Myanmar. Pembangkang, kerajaan asing dan media asing akan memperalatkan bantahan rakyat ini untuk memburuk-burukkan negara Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin Melayu. Ketuanan Melayu akan tercabar sekali lagi dan tidak dapat dipertahankan.

Memaksa rakyat memahami dan menerima kenaikan harga petrol merupakan satu tindakan yang silap . Sepatutnya hanya rakyat marhaen sahaja yang menerima subsidi petrol ini. Tindakan kerajaan memberi kopun subsidi diesel kepada nelayan baru-baru ini hanyak menguntungkn segelintir tauke-tauke bot nelayan. Nelayan kecil dan awak-awak tidak mempunyai bot nelayan dan pukat sendiri. Mereka bekerja dan bergantung hidup dengan tauke-tauke besar dan ikan-ikan yang ditangkap dijual di Singapura dan lain-lain.

Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia memberi lebih RM3 bilion untuk subsidi pertanian. Subsidi nelayan hampir RM1 bilion, subsidi padi RM1.5 bilion manakala lain-lain subsidi lagi setengah bilion. [5]


AFTA dan WTO dan lain-lain pakar ekonomi dunia melihat subsidi tidak boleh bertahan dalam keadaan globalisasi sekarang. Persaingan yang sihat akan memecahkan monopoli dan amalan oligoplistik. Subsidi hanya akan membantutkan persaingan dan menyebabkan rakyat di sesebuah negara tidak bersedia dan terlalu bergantung harap.

Pemberian subsidi akan menggalakkan penyeludupan barangan seperti subsidi minyak masak. Sempadan Malaysia terlalu luas dan panjang untuk dikawal. Akhirnya rakyat asing yang untung daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan.